Monday, July 19, 2010

PERSIDANGAN ANTARABANGSA PELANCONGAN MUSLIM, HAJI & UMRAH KE 4

SATU Persidangan Antarabangsa akan diadakan pada 20 Julai 2010 bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). MATTA penganjur acara ini telah menjemput YB Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menyampaikan Ucap Tama bertajuk “Anjakan Paradigma Dalam Pelancongan Muslim”.


Selain daripada itu, penceramah lain dari dalam dan luar Negara juga di jemput untuk berkongsi ilmu serta pandangan untuk manfaat peserta. Ketua Pengarah dari Jabatan Wakaf, Zakat & Haji, Jabatan Perdana Menteri YBhg Dato’ Dr Hj Sohaimi Hj Mohd Salleh akan menyampaikan pembentangan yang bertajuk “Polisi, Prosedur dan Garis Panduan Kerajaan Berkaitan Umrah & Haji”.


Yuran penyertaan adalah seperti berikut :
Ahli MATTA : RM100
Bukan Ahli : RM120
Pensyarah / Pelajar : RM100


Pendaftaran boleh dilakukan secara online di http://incomthu.matta.org.my/registration.cfm


Untuk maklumat lanjut dan Aturcara Program, sila layari laman web rasmi InCoMTHU di http://incomthu.matta.org.my/content.cfm?ID=4533A757-1B38-C446-670E28C8D6830AC6


Persidangan ini dijangka akan dapat memberi impak kepada industri pelancongan muslim khususnya dalam konteks anjakan paradigma industri pelancongan.

No comments:

Post a Comment